SIJIL TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM)


Maklumat Am

Pelajar Kursus Teknologi Komputer (Sistem) akan menjalani kelas teori seterusnya kelas amali bagi memasang sendiri semua peralatan seperti Mother Board, Hard Disk, RAM & lain-lain menjadi sebuah komputer yang lengkap. Bukan itu sahaja, pelatih juga diajar cara instalasi perisian  seperti  Windows mahupun LINUX serta penyelenggaraan komputer, baik pulih komputer, pemasangan sistem rangkaian komputer, pembangunan laman web dan pemasangan perisian sistem untuk pelayan (server).

Syarat Kemasukan

Syarat minima bagi kemasukan ke Kursus Teknologi Komputer (Sistem) adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur 17 tahun hingga 35 tahun;
  • Tamat Tingkatan 5; dan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira.

Jangka Masa Kursus
Jangka Masa Kursus adalah:

  • 1 tahun 9 bulan (21 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)
SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3
LATIHAN INDUSTRI
6 BULAN 6 BULAN 6 BULAN 3 BULAN

Peluang Kerjaya

Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di JMTi, Adtec ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Sijil Teknologi Komputer Sistem:

  • JURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER
  • JURUTEKNIK PENYELENGGARAAN KOMPUTER
  • JURUTEKNIK RANGKAIAN KOMPUTER
  • JURUTEKNIK MEMBAIKI TELEFON PINTAR
  • PENYELIA SISTEM KOMPUTER
  • PENTADBIR SISTEM KOMPUTER
  • PENTADBIR RANGKAIAN KOMPUTER
  • PEREKABENTUK LAMAN WEB

 

#JomPilihKemahiran 

 

 

Lokasi Kami
Institut Latihan Perindustrian Kuantan
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
    Google Map

 

Hubungi Kami
 
Tel  
: 09 - 586 1660
 
Faks 
: 09 - 586 1720 / 09 - 586 1721
 
Email 
 
 
Slide