SIJIL TEKNOLOGI FABRIKASI STRUKTUR LOGAM


Maklumat Am

Dalam kursus Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas) pelajar akan mengikuti latihan teori dan praktikal untuk menghasilkan lukisan fabrikasi, mentafsir lukisan fabrikasi, memilih bahan dan peralatan dan seterusnya menghasilkan projek mengikut lukisan fabrikasi berdasarkan kod dan piawaian projek.

Pelatih akan dilatih untuk menghasilkan projek mengikut proses fabrikasi bermula daripada mengukur bahan, menanda bahan, memotong bahan dengan menggunakan proses pemotongan oksi asitelin dan prosos pemotongan plasma, memasang bahan dengan menggunakan peralatan pemasangan dan mengimpal projek mengunakan proses kimpalan SMAW, GMAW, GTAW dan FCAW. Aspek keselamatan akan diajar kepada pelatih dan kemahiran berkomunikasi serta kerja berkumpulan juga akan diterapkan kepada pelatih sepanjang tempoh latihan.

Syarat Kemasukan

Syarat minima bagi kemasukan ke Kursus Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas) adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur 17 tahun hingga 35 tahun;
  • Tamat Tingkatan 5; dan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira.

Jangka Masa Kursus
Jangka Masa Kursus adalah:

  • 2 tahun 3 bulan (27 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)
SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 SEMESTER 4
LATIHAN INDUSTRI
6 BULAN 6 BULAN 6 BULAN 6 BULAN 3 BULAN

Peluang Kerjaya

Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas) di ILP Kuantan atau mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas):

  • FITTER
  • FABRICATOR
  • WELDER
  • SUPERVISOR
  • FOREMEN
  • MULTISKILLING WORKER
  • NDT OPERATOR
  • MACHINIST
  • TECHNICIAN

 

#JomPilihKemahiran 

 

 

Lokasi Kami
Institut Latihan Perindustrian Kuantan
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
    Google Map

 

Hubungi Kami
 
Tel  
: 09 - 586 1660
 
Faks 
: 09 - 586 1720 / 09 - 586 1721
 
Email 
 
 
Slide