SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK


Maklumat Am

Dalam kursus Sijil Teknologi Elektrik pelajar akan diberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang elektrik untuk dipersijilan kekompetenan ST-PW4 dan SKM Tahap 3. Dalam kursus ini pelajar akan diajar mengenai kaedah-kaedah mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa (domestik dan industri). Mencari, mengesan dan membaikpulih kerosakan litar elektrik serta mengawal, menyelenggara alat janakuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST).

Syarat Kemasukan

Syarat minima bagi kemasukan ke Kursus Sijil Teknologi Elektrik adalah:
1) Warganegara Malaysia;
2) Umur 17 tahun hingga 35 tahun;
3) Memiliki SPM dengan:
     (a) LULUS Bahasa Melayu;
     (b) LULUS Sejarah
     (c) LULUS Matematik / Matematik Tambahan, DAN;
     (d) Lulus Sains / Sains Tambahan / Sains Gunaan / Fizik / Kimia atau subjek teknikal berikut:
          - Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
          - Pendawaian Domestik
          - Menservis Peralatan Elektrik Domestik; DAN
4) Tidak buta / buta sebelah mata / buta warna / pekak (tanpa alat bantuan) / bisu / lembam / ketidakupayaan fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Jangka Masa Kursus
Jangka Masa Kursus adalah:

  • 2 tahun (24 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)
SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3
LATIHAN INDUSTRI
6 BULAN 6 BULAN 6 BULAN 6 BULAN

Peluang Kerjaya

Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Sijil Teknologi Elektrik :

  • Juruteknik Elektrik
  • Penyelia Elektrik
  • Kontraktor Elektrik
  • mana-mana sektor perkapalan, Off-shore, Petro-kimia

 

#JomPilihKemahiran 

 

 

Lokasi Kami
Institut Latihan Perindustrian Kuantan
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
    Google Map

 

Hubungi Kami
 
Tel  
: 09 - 586 1660
 
Faks 
: 09 - 586 1720 / 09 - 586 1721
 
Email 
 
 
Slide