MENU:

Maklumat Kursus


Objektif Kursus Jangka Pendek

Memberi peluang latihan kepada pekerja-pekerja industri yang ingin meningkatkan hasil kerja serta kualiti diri agar kebolehan mereka setanding dengan keperluan syarikat dan perkembangan teknologi semasa.

Pengendalian Kursus Jangka Pendek

  • Semua kursus separuh masa ini dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian Kuantan, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
  • Semua kursus dijalankan secara sambilan (part-time) dan hujung minggu.
  • Jangkamasa kursus adalah seperti di dalam Jadual Kursus yang dikeluarkan setiap tahun.
  • Tarikh kursus adalah tertakluk kepada jumlah permohonan bagi sesuatu kursus.

Persijilan Kursus Jangka Pendek

  • Peserta-peserta yang telah mengikuti kursus serta memenuhi syarat-syarat kursus yang ditetapkan, akan menerima Sijil Kursus Peningkatan Kemahiran

Tuntutan Kemalangan

Peserta-peserta kursus dikehendaki mengisi dan menandatangani Borang Indemniti. Pihak Institut adalah bebas dari sebarang tuntutan dan dakwaan bersabit dengan apa jua kecederaan akibat kemalangan yang berlaku semasa mengikuti kursus.

Kemudahan Penginapan

Pihak institut tidak menyediakan kemudahan penginapan.

Insentif kepada Majikan

Majikan-majikan yang menaja pekerja-pekerja mereka untuk mengikuti kursus di Institut ini adalah layak untuk membuat tuntutan Pelepasan Cukai Dua Kali

ATAU;

tuntutan bayaran balik kursus daripada pihak MAJLIS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (HRDC).

Yuran Kursus Jangka Pendek

Kadar yuran adalah tertakluk kepada jenis kursus yang diikuti seperti di dalam Jadual Kursus.

 

 

 

 

#JomPilihKemahiran 

 

 

Lokasi Kami
Institut Latihan Perindustrian Kuantan
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
    Google Map

 

Hubungi Kami
 
Tel  
: 09 - 586 1660
 
Faks 
: 09 - 586 1720 / 09 - 586 1721
 
Email 
 
 
Slide