SIJIL TEKNOLOGI MEKATRONIK


Maklumat Am

Pelajar Kursus Teknologi Mekatronik akan mempelajari sistem hidraulik dan elektro-hidraulik, pneumatik dan elektro-pneumatik, Programmable Logic Control (PLC), sistem automasi industri dan perkakas serta perisian komputer industri dan Reka Bentuk automasi.

Syarat Kemasukan

Syarat minima bagi kemasukan ke Kursus Teknologi Mekatronik adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur 17 tahun hingga 35 tahun;
  • Tamat Tingkatan 5; dan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira.

Jangka Masa Kursus
Jangka Masa Kursus adalah:

  • 1 tahun 9 bulan (21 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)
SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3
LATIHAN INDUSTRI
6 BULAN 6 BULAN 6 BULAN 3 BULAN

Peluang Kerjaya

Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di JMTi, Adtec ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Kursus Teknologi Mekatronik:

  • Juruteknik Sistem Automasi
  • Juruteknik Sistem Mekatronik
  • Juruteknik Penyelenggaraan Mesin
  • Programmer Mekatronic

 

#JomPilihKemahiran 

 

 

Lokasi Kami
Institut Latihan Perindustrian Kuantan
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
    Google Map

 

Hubungi Kami
 
Tel  
: 09 - 586 1660
 
Faks 
: 09 - 586 1720 / 09 - 586 1721
 
Email 
 
 
Slide