DIPLOMA TEKNOLOGI FABRIKASI STRUKTUR LOGAM


Maklumat Am

Dalam kursus Diploma Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas) pelajar akan mengikuti latihan teori dan praktikal untuk menghasilkan lukisan fabrikasi, mentafsir lukisan fabrikasi, memilih bahan dan peralatan dan seterusnya menghasilkan projek mengikut lukisan fabrikasi berdasarkan kod dan piawaian projek.

Pelatih akan dilatih untuk menghasilkan projek mengikut prosedur kerja fabrikasi beserta kod dan piawaian yang betul bermula daripada proses memilih bahan, mengukur bahan, menanda bahan, memotong bahan, memasang bahan, mengimpal projek dan melaksanakan pemeriksaan terhadap projek yang dihasilkan melalui ujian tanpa musnah dan ujian musnah. Pelatih juga akan diajar untuk menyediakan laporan pemeriksaan terhadap kualiti projek yang dibangunkan. Aspek keselamatan akan diamalkan oleh pelatih dan kemahiran berkomunikasi serta kerja berkumpulan juga akan diterapkan kepada pelatih sepanjang tempoh latihan.

Syarat Kemasukan

Syarat minima bagi kemasukan ke Kursus Diploma Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas) adalah:

  • Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas); DAN

  • Lulus sesi temuduga

 

Jangka Masa Kursus
Jangka Masa Kursus bago Program Diploma adalah:

  • 1 tahun 6 bulan (18 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)
SEMESTER 1 SEMESTER 2
LATIHAN INDUSTRI
6 BULAN 6 BULAN 6 BULAN

Peluang Kerjaya

Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu ijazah sarjana muda di mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Diploma Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas):

  • WELDING INSPECTOR
  • QA/QC INSPECTOR
  • ASSISTANT ENGINEER
  • ASSISTANT TECHNICAL
  • NDT OPERATOR
  • NDT INSPECTOR
  • SUPERVISOR
  • TECHNICIAN

 

#JomPilihKemahiran 

 

 

Lokasi Kami
Institut Latihan Perindustrian Kuantan
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
    Google Map

 

Hubungi Kami
 
Tel  
: 09 - 586 1660
 
Faks 
: 09 - 586 1720 / 09 - 586 1721
 
Email 
 
 
Slide