MENU:
KORPORAT

PENGENALAN

Institut Latihan Perindustrian Kuantan (ILP) terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng, 25km dari pusat bandar Kuantan. ILP Kuantan merupakan sebuah agensi latihan di bawah pengelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Institut ini telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah pada 30 Oktober 1989.

Penubuhan ILP Kuantan adalah bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada belia lepasan sekolah dan pekerja industri sekitar kawasan Pantai Timur bagi membekalkan tenaga mahir kepada sektor perindustrian negara. ILP Kuantan menyediakan 12 kursus diperingkat sijil dan diploma. Kesemua silibus pengajian bagi kursus-kursus di ILP Kuantan diiktiraf dan dipantau oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan juga Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi memastikan perlaksanaan kursus mencapai piawaian dan kualiti yang telah ditetapkan.

 

#JomPilihKemahiran 

 

 

Lokasi Kami
Institut Latihan Perindustrian Kuantan
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
    Google Map

 

Hubungi Kami
 
Tel  
: 09 - 586 1660
 
Faks 
: 09 - 586 1720 / 09 - 586 1721
 
Email 
 
 
Slide