MENU:
KORPORAT

PERUTUSAN PENGARAH

 

      

 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.


 

Selamat datang Portal Rasmi Institut Latihan Perindustrian Kuantan (ILP Kuantan). Institut ini telah ditubuhkan pada tahun 1988 dan telah dirasmikan oleh kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah pada 30 Oktober 1989 bersamaan 30 Rabiulawal 1410H.

Portal ini dibangunkan bertujuan untuk memperkenalkan institut ini kepada masyarakat awam serta menyampaikan maklumat mengenai peluang latihan kemahiran yang ditawarkan di ILP Kuantan. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kaedah penyampaian dan penyaluran maklumat sentiasa dipelbagaikan agar maklumat dapat disampaikan dengan pantas. Laman web ini merupakan salah sebuah medium yang digunakan agar masyarakat mendapat maklumat yang jelas berkenaan fungsi jabatan dan peluang latihan kemahiran yang ditawarkan.

Ketika ini, kita berada di era teknologi Revolusi Industri 4.0 (I.R 4.0), di mana semua sektor di negara ini memerlukan perubahan seiring dengan transformasi digital agar kekal berdaya saing. Sehubungan itu, institusi pendidikan kemahiran juga sedang berkembang dengan pesat bagi menyahut cabaran teknologi baharu seiring perkembangan era globalisasi dan digital. Sebagai salah sebuah institusi TVET (Technical & Vocational Education Training) di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang berada di bawah  Kementerian Sumber Manusia (KSM), ILP Kuantan sentiasa bersedia untuk memberikan latihan kemahiran kepada belia lepasan SPM, orang perseorangan mahupun pihak industri yang berminat untuk menjalani ‘re-skilling, up-skilling atau cross-skilling’. Peluang ini adalah bagi memastikan negara dapat menyediakan tenaga mahir yang berdaya saing dalam pembangunan ke arah negara maju.

Harapan saya agar portal ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak dalam menyampaikan informasi terkini berhubung fungsi utama jabatan sebagai salah sebuah institusi latihan kemahiran awam. Anda semua boleh terus menghubungi pihak ILP Kuantan sekiranya memerlukan maklumat lanjut.

Akhir kata, selamat melayari Portal Rasmi ILP Kuantan.

 

“Build Your Skills Here”

Ts. ZAID BIN ZAHARI
Pengarah
Institut Latihan Perindustrian Kuantan, Pahang 

 

#JomPilihKemahiran 

 

 

Lokasi Kami
Institut Latihan Perindustrian Kuantan
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
    Google Map

 

Hubungi Kami
 
Tel  
: 09 - 586 1660
 
Faks 
: 09 - 586 1720 / 09 - 586 1721
 
Email 
 
 
Slide