SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN)


Maklumat Am

Dalam kursus Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan) pelajar akan diberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemesinan. Pelajar akan diajar membuat pelbagai alatan mekanikal atau alat ganti dengan menggunakanmesin kisar, canai dan larik, membaca serta memahami lukisan teknik, sesuai untuk sesuatu benda kerja yang akan dihasilkan.

Syarat Kemasukan

Syarat minima bagi kemasukan ke Kursus Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan) adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur 17 tahun hingga 35 tahun;
  • Tamat Tingkatan 5; dan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira.

Jangka Masa Kursus
Jangka Masa Kursus adalah:

  • 2 tahun 3 bulan (27 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)
SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 SEMESTER 4
LATIHAN INDUSTRI
6 BULAN 6 BULAN 6 BULAN 6 BULAN 3 BULAN

Peluang Kerjaya

Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan):

  • Shaft & Gear Technician
  • Machine Shop Technician
  • Mechanical Drafting

 

#JomPilihKemahiran 

 

 

Lokasi Kami
Institut Latihan Perindustrian Kuantan
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
    Google Map

 

Hubungi Kami
 
Tel  
: 09 - 586 1660
 
Faks 
: 09 - 586 1720 / 09 - 586 1721
 
Email 
 
 
Slide