SIJIL TEKNOLOGI CADD SENIBINA


Maklumat Am

Dalam kursus Sijil Teknologi CADD Senibina pelajar akan diajar merangka lukisan unjuran, keratan, perspektif, lukisan perincian, geometri dan lukisan kerja dan ukur bangunan. Pelajar juga akan mempelajari cara mereka bentuk bangunan, kerja-kerja ukur tanah, penentu bayang, teknik mewarna, lukisan persembahan dan undang-undang pembinaan.

Syarat Kemasukan

Syarat minima bagi kemasukan ke Kursus Sijil Teknologi CADD Senibina adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur 17 tahun hingga 35 tahun;
  • Tamat Tingkatan 5; dan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira.

Jangka Masa Kursus
Jangka Masa Kursus adalah:

  • 2 tahun 3 bulan (27 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)
SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 SEMESTER 4
LATIHAN INDUSTRI
6 BULAN 6 BULAN 6 BULAN 6 BULAN 3 BULAN

Peluang Kerjaya

Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Sijil Teknologi CADD Senibina:

  • Draftman (Pelukis Pelan)
  • Interior Designer
  • Site Supervisor (Contruction)

 

#JomPilihKemahiran 

 

 

Lokasi Kami
Institut Latihan Perindustrian Kuantan
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
    Google Map

 

Hubungi Kami
 
Tel  
: 09 - 586 1660
 
Faks 
: 09 - 586 1720 / 09 - 586 1721
 
Email 
 
 
Slide