Pelajar Kursus Teknologi Mekatronik akan mempelajari sistem hidraulik dan elektro-hidraulik, pneumatik dan elektro-pneumatik, Programmable Logic Control (PLC), sistem automasi industri dan perkakas serta perisian komputer industri dan Reka Bentuk automasi.
Syarat minima bagi kemasukan ke Kursus Teknologi Mekatronik adalah:
-
Warganegara Malaysia;
-
Umur 17 tahun hingga 35 tahun;
-
Tamat Tingkatan 5; dan
-
Boleh membaca, menulis dan mengira.
- 1 tahun 9 bulan (21 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)
SEMESTER 1 | SEMESTER 2 | SEMESTER 3 |
LATIHAN INDUSTRI
|
6 BULAN | 6 BULAN | 6 BULAN | 3 BULAN |
Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di JMTi, Adtec ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.
Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Kursus Teknologi Mekatronik:
- Juruteknik Sistem Automasi
- Juruteknik Sistem Mekatronik
- Juruteknik Penyelenggaraan Mesin
- Programmer Mekatronic