BAKAL PELAJAR

2 apply
PENGAMBILAN PELAJAR BARU
ePermohonan ILP Kuantan
PERMOHONAN LEPASAN SPM
ILP Kuantan @ UPU

Panduan Kemasukan

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.
Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).

 

Syarat Kemasukan Am Program Diploma & Sijil Kemahiran Malaysia
 
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus);
  4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (Kursus Diploma sahaja);
  5. Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja
     amali dan sesi pembelajaran.

Klik disini bagi melihat Kursus Sepenuh Masa yang ditawarkan di ILP Kuantan.

Kaedah Latihan Kemahiran
 

Sistem latihan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dengan penambahan kurikulum JTM.

Semua Kursus Sepenuh Masa di ILP Kuantan mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Hubungi Kami
Hubungi kami bagi mendapatkan maklumat lanjut;

Institut Latihan Perindustrian Kuantan
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
  09 - 586 1660
  09 - 586 1720 / 09 - 586 1721
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 
 
Soalan Lazim (FAQ)

Adakah ILP Kuantan merupakan sebuah institusi pengajian awam?
Ya, ILP Kuantan merupakan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di bawah Jabatan Tenaga Manusia.

Terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) iaitu Japan Malaysia Technical Institute (JMTI), 8 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) ,  dan 23 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP).

Apakah Kursus yang ditawarkan ILP Kuantan?
Buat masa ini, terdapat 12 kursus kemahiran yang ditawarkan. (sila klik disini bagi melihat senarai kursus) 

Semua Kursus Sepenuh Masa di ILP Kuantan mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) berpandukan Sistem latihan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dengan penambahan kurikulum JTM.

Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memasuki ILP Kuantan?
Syarat Kemasukan Am bagi Program Diploma & Sijil Kemahiran Malaysia adalah;

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus);
  4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (Kursus Diploma sahaja);
  5. Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Bagaimanakah cara untuk memohon ke ILP Kuantan?
Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.

Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).

 

Berapa lama tempoh pengajian di ILP Kuantan?

Jangkamasa berkursus di ILP Kuantan bagi peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah;
  • Antara 21 bulan hingga 27 bulan termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan),
 Manakala, pelajar yang telah memiliki SKM dan menyambung pengajian di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia adalah;
  • 1 tahun 6 bulan (18 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)

*Sila rujuk maklumat di Kursus Sepenuh Masa.

Apakah konsep pembelajaran yang dijalankan di ILP Kuantan?

Kursus-kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %).

Adakah bidang kemahiran yang di jalankan di ILP Kuantan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia?
Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.

Dimanakah saya boleh menyambung pengajian saya setelah tamat belajar?
Lepasan pelajar ILP Kuantan boleh menyambung pelajaran ke institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), dan Advanced Technology Training Centre (ADTEC). Institut berkenaan menawarkan latihan hingga ke peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran.

Bagaimanakah peluang pekerjaan saya di sektor awam?
Pelajar  boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

 

#JomPilihKemahiran 

 

 

Lokasi Kami
Institut Latihan Perindustrian Kuantan
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
    Google Map

 

Hubungi Kami
 
Tel  
: 09 - 586 1660
 
Faks 
: 09 - 586 1720 / 09 - 586 1721
 
Email 
 
 
Slide