PRIVASI
Aplikasi Mudah Alih JTM yang merangkumi e-Peraturan Tatatertib Pelajar merupakan aplikasi yang dibangunkan bagi kegunaan orang awam (selepas ini dirujuk sebagai “Pengguna”) untuk memudahkan capaian kepada perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh JTM melalui penggunaan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Huawei AppGallery. Kerajaan memastikan bahawa semua maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selaras dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
MAKLUMAT PERIBADI
Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.
MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Aplikasi ini hanya akan mengumpulkan data peribadi atas persetujuan Pengguna yang diberikan secara sukarela melalui penggunaan aplikasi ini.
Tiada data peribadi yang dikumpul semasa menggunakan aplikasi ini.
KERAHSIAAN
Segala maklumat peribadi yang dikumpul oleh aplikasi ini akan disimpan secara sulit menurut Dasar Privasi ini, selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
KESELAMATAN DATA
Aplikasi ini menggunakan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian antarabangsa bagi melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi Pengguna.
PINDAAN KEPADA DASAR PRIVASI
Sekiranya terdapat sebarang pindaan kepada Dasar Privasi ini, pindaan tersebut akan dikemas kini dan dipaparkan di halaman ini.