
PENGENALAN KURSUS:
Dalam kursus ini, pelajar akan
diajar menggunakan alat alat tangan (hand tools) bagi kerja-kerja asas
logam, teknik-teknik kimpalan arka & gas, fabrikasi logam,
menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin selain penggunaan
pelbagai jenis mesin pneumatik & hidraulik. Para pelajar akan
memperolehi kemahiran teori dan amali didalam asas kerja-kerja logam,
menyelenggara dan memesin benda kerja. Pelajar juga akan mempelajari
kaedah membuat pelbagai alat dan alatganti dengan menggunakan mesin
seperti Mesin Kisar, Canai dan Larik. Selain itu mereka juga akan
mempelajari kaedah membuat, membaca dan memahami pelan (Blueprint) serta
berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan bengkel.
PELUANG KERJAYA:
Dengan pertumbuhan ekonomi
negara yang pesat telah mendorong lebih banyak industri seperti industri
pembuatan dan kejuruteraan ditubuhkan. Industri seperti ini memerlukan
ramai pekerja-pekerja mahir dalam bidang Mekanik Industri atau
jurugegas. Dengan itu peluang pekerjaan bagi pelajar-pelajar yang
mengikut kursus ini cerah. Di antara bidang pekerjaan tersebut adalah
Juruteknik Penyelenggaraan atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam
bidang penyelenggaraan mekanikal. Mereka yang berpengalaman dan
mempunyai modal boleh membuat perniagaan sendiri.