MAJLIS MOC

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Termeterai sudah Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MOC) di antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh ILP Kuantan dengan syarikat Jakar Machinery Sdn.Bhd. (JAKMAC) dan syarikat KSM Machinery & Services Sdn. Bhd. yang telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama ILP Kuantan pada petang 17.8.2023.
Jalinan kerjasama yang dibentuk memfokuskan antara lain kepada pelaksanaan Program Latihan termasuk peningkatan tahap latihan kemahiran Pengajar dan Pelajar melalui Latihan Industri dan Latihan Sangkutan Industri, khidmat nasihat teknikal serta perkongsian kepakaran dan teknologi terkini dalam bidang berkaitan melalui aktiviti latihan, promosi serta lain-lain aktiviti yang dipersetujui secara bersama oleh kedua-dua pihak dan juga mana-mana kerjasama yang selaras dengan skop kerjasama dan objektif Memorandum Kerjasama ini.
Majlis MOC ini turut disaksikan oleh Ketua Pengarah JTM, Yang Berbahagia En. Shakib bin Ahmad Shahir dan para pegawai ILJTM yang lain. Semoga kerjasama ini mampu untuk memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
PELAWAT 1286