Selamat Datang Pelajar Baharu Sesu 1/2025 ke ILP Kuantan

13 Januari 2025- Sesi pendaftaran pelajar bagi sesi 1/2025 berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan sejak awal pagi. Taklimat kepada ibubapa dan penjaga telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi iaitu Ts. Suriani binti Rozahan pada jam 10 pagi. Sesi taklimat ini memberi gambaran awal kepada semua ibubapa berkaitan ILP Kuantan termasuk kursus yang disediakan, kemudahan dan sebagainya. Pendaftaran pelajar yang bermula jam 8 pagi berakhir sekitar jam 2 petang.
 
Semoga para pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan pembelajaran di ILP Kuantan.