Majlis Perhimpunan Bulanan Sempena Amanat Tahun Baru 2025 YAB Perdana Menteri

03 Januari 2025- ILP Kuantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan hari ini sambil mendengar Amanat Tahun Baharu 2025 yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di Dewan De’Seri Endon Puspanitapuri, Putrajaya secara atas talian(live streaming).
 
Majlis yang dimulakan dengan ucapan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) ini menekankan kepentingan kepada penjawat awam untuk bekerja dalam pasukan dan perlu berdaya saing serta mengaplikasikan kaedah terkini selain memastikan untuk tidak terlibat dengan isu-isu ketidakpatuhan integriti yang boleh mencacatkan kefungsian penjawat awam.
 
YAB Perdana Menteri pula dalam amanatnya berharap penjawat awam dapat memberikan perubahan menyeluruh kepada negara dalam setiap peringkat. Ini kerana khidmat dan jasa masing-masing memainkan peranan tersendiri dalam membawa perubahan dalam bidang tugas yang diberikan daripada setinggi-tinggi peranan sehingga serendah-rendahnya.
 
Sejurus selesai amanat YAB Perdana Menteri selesai, Majlis Perhimpunan diteruskan dengan sesi pengenalan pegawai baru yang bertukar ke ILP Kuantan yang terdiri dari:
 
1. EN. MAZLYSHAM BIN MOHAMAD (PLV DV12) - dari ILP Kuala Terengganu.
2. EN. ZULHASBI BIN MUSTAFA (PPLV DV7) - dari ILP Kota Bharu.
3. EN. MOHD SABRI BIN ABU BAKAR @ ISMAIL (PPLV DV7) - dari ADTEC Kemaman.
4. EN. SAARI BIN ISHAK (PPLV DV6) - dari ILP Pasir Gudang.
 
Selamat datang diucapkan dan semoga dengan kehadiran mereka, ILP Kuantan akan lebih cemerlang.