PROGRAM JELAJAH PROMOSI SEKOLAH

17 Mei 2024 - Satu Program Jelajah Promosi Institut telah dijalankan untuk pihak sekolah-sekolah (SMK) sekitar Daerah Temerloh, Bentong, Kuala Lipis dan Cameron Highland, Pahang. Antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah, Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong, SMK Orang Kaya Haji, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan, SMK Kampung Raja, Sekolah Menengah Kebangsaan Ringlet, SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highlands, SMK Padang Tengku dan SMK Merapoh.
Pegawai BPPL, En Mohd Zulkifly dan En Khaizil Sharikie telah membuat promosi seperti serahan Prospektus Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia dan risalah (flyers) Promosi Pengambilan sesi 2/2024 kepada pihak sekolah beserta penerangan ringkas. Terima kasih kepada semua sekolah yang sudi menerima kedatangan kami.