MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM KERJASAMA

18 Mei 2024 - Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama ILP Kuantan bersama syarikat Perfect Emerald Sdn. Bhd. dan Bucida Engineering & Consultancy Sdn. Bhd. telah berlangsung dengan jayanya sempena Program Hari Terbuka ILP Kuantan 2024.
Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara Institusi Latihan dan Pihak Industri, sekaligus memberi manfaat besar kepada pelajar dan tenaga kerja di masa hadapan. Syarikat Perfect Emerald Sdn. Bhd. telah diwakili oleh Pengarah Urusan, En. Mohd Nasibi bin Shamsudin dan Pengarah Operasi iaitu En. Mustafa bin Ahmad. Manakala Syarikat Bucida Engineering & Consultancy Sn. Bhd. diwakili oleh Pengarah Urusan iaitu Ir. Hj. Fadeli bin Abdullah dan Hj. Razali bin Mamat, Pengarah Syarikat.
Majlis Tandatanganan Memorandum Kerjasama telah disempurnakan oleh En. Ahmad Fauzi bin Awang, Pengarah JKKP Pahang merangkap Pengerusi Agensi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Pahang. Turut hadir ke majlis tersebut Pengarah PERKESO, Pengarah JTK, Pengarah JPP, Timbalan Pengarah ADTEC Kemaman dan Timbalan Pengarah ADTEC Jerantut.
Semoga kerjasama ini akan memberi manfaat dan impak positif kepada semua pihak yang terlibat.