HARI TERBUKA ILP KUANTAN 2024

18 Mei 2024 - Program Hari Terbuka ILP Kuantan 2024 telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan menjayakan program ini. Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung sepanjang hari terbuka diantaranya Karnival Kerjaya, Temuduga Terbuka, Seminar Kerjaya, Pendaftaran Kursus Jangka Pendek, Pendaftaran Kursus Sepenuh Masa, Pameran dan Gerai Jualan serta Jualan Rahmah Madani.
Jualan Rahmah Madani telah menarik perhatian ramai dengan tawaran produk-produk berkualiti pada harga yang berpatutan. Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan dengan harga terbaik.
Pihak ILP Kuantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Program Hari Terbuka ILP Kuantan 2024 ini. Diharapkan acara ini telah memberi manfaat dan inspirasi kepada semua yang hadir. Tidak lupa, jutaan terima kasih kepada semua barisan jawatankuasa program yang bertungkus-lumus memastikan setiap program berjalan dengan lancar.