Pasukan Bola Tampar ADTEC JTM Kampus Kuantan telah menyertai Perlawanan Bola Tampar “Fun Games Volleyball” anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Peramu Jaya 2026 yang berlangsung pada Sabtu, 14 Februari 2026.
Perlawanan tersebut telah diadakan bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang bertempat di Court Volleyball Peramu Jaya 1. Penyertaan ini merupakan salah satu inisiatif dalam menggalakkan penglibatan warga institusi dalam aktiviti sukan dan komuniti setempat.
Menurut pihak pengurusan, penyertaan pasukan ini bukan sahaja bertujuan memupuk semangat kesukanan dan kerja berpasukan dalam kalangan pemain, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara ADTEC JTM Kampus Kuantan dan komuniti sekitar Peramu Jaya.
Program berbentuk santai dan mesra komuniti ini telah menghimpunkan beberapa pasukan sekitar daerah Kuantan. Penyertaan ADTEC JTM Kampus Kuantan dilihat berjaya memberi saingan sengit serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.
Pasukan bola tampar ADTEC JTM Kampus Kuantan turut mempamerkan komitmen dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.