Penyertaan ADTEC JTM Kampus Kuantan ke 4th International Railway Forum 2025

Penyertaan ADTEC JTM Kampus Kuantan ke 4th International Railway Forum 2025
10 Disember 2025
 
ADTEC JTM Kampus Kuantan telah menghadiri 4th International Railway Forum 2025 yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute (UniKL MIDI), Cheras, Kuala Lumpur.
 
Forum yang bertemakan “Vision Forward 2030: Leveraging AI to Advance Railway Connectivity and New Energy Transformation” telah menghimpunkan pakar industri, pembuat dasar, akademia dan pemain ekosistem rel bagi berkongsi pandangan, inovasi serta strategi ke arah masa depan sistem rel negara.
 
Penyertaan ADTEC JTM Kampus Kuantan diwakili oleh Timbalan Pengarah (Latihan), Ts. Wan Asmawi bin Wan Shariff, Ketua Bahagian Teknologi Rel, Ts. Mohd Rauf bin Ali Khan dan Pengajar Teknologi Rel, En. Mohd Zulkifly bin Fiee dan Pn. Nurul Nadiah binti Ab Wahab.
 
Forum ini membuka ruang kerjasama strategik, perkongsian ilmu serta peluang pengukuhan pembangunan teknologi rel di ADTEC JTM Kampus Kuantan khususnya dalam agenda inovasi, tenaga baharu dan transformasi digital melalui penggunaan AI dalam industri rel.
 
ADTEC JTM Kampus Kuantan komited untuk terus menyokong pembangunan modal insan dan memperkukuhkan hubungan industri demi kemajuan ekosistem rel negara.