Kejohanan Bowling Staf 2025 Meriah

KEJOHANAN BOWLING STAF 2025 – MERIAH & PENUH SEMANGAT!
 
Kejohanan Bowling Staf telah berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila seluruh Staf ADTEC JTM Kampus Kuantan berkumpul bagi menjayakan Kejohanan Bowling Staf 2025 yang telah diadakan pada 7 Disember 2025 bertempat di Megamall Lanes, Kuantan dan telah dianjurkan oleh KIKB Adtec JTM Kampus Kuantan dan Kelab Bowling ADTEC JTM Kampus Kuantan. Program bermula seawal 8.45 pagi dengan kehadiran para peserta yang bersemangat, disusuli ucapan alu-aluan serta bacaan doa bagi memohon kelancaran sepanjang acara.
 
Pertandingan rasmi dimulakan pada jam 9.30 pagi, yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Latihan (TPL) Iaitu Ts. Wan Asmawi bin Wan Shariff. Suasana semakin gamat apabila setiap peserta menunjukkan aksi terbaik untuk merebut gelaran juara serta Hadiah Misteri yang menjadi tumpuan.
 
Setelah melalui perlawanan yang sengit dan penuh gelak tawa, acara diteruskan dengan Majlis Penyampaian Hadiah pada jam 1.45 petang, bagi meraikan para pemenang yang telah memberikan persembahan terbaik.
 
Program ditutup pada jam 2.30 petang dengan sesi bersurai, namun kenangan serta kemeriahan sepanjang kejohanan pastinya akan terus diingati oleh semua warga Staf ADTEC JTM Kampus Kuantan.
 
Tahniah kepada semua yang terlibat!
Teruskan semangat kesukanan dan kekeluargaan dalam setiap aktiviti akan datang