Lawatan Muhibah ke Pejabat MPC Wilayah Pantai Timur

15 APRIL 2025 - Pihak ADTEC JTM Kampus Kuantan pagi ini telah mengadakan satu lawatan muhibah ke Pejabat MPC Wilayah Pantai Timur sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara ADTEC JTM Kampus Kuantan dan MPC Wilayah Pantai Timur. Fokus utama perbincangan adalah berkenaan peluang kerjasama dalam pelaksanaan program Akademi Dalam Industri (ADI) di peringkat negeri Pahang.
 
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh pihak MPC berkaitan fungsi serta peranan MPC dalam meningkatkan produktiviti industri tempatan. Pihak ADTEC JTM Kampus Kuantan turut berkongsi hala tuju strategik institut dalam menyokong agenda pemerkasaan kemahiran tenaga kerja melalui program latihan berorientasikan industri.
 
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui kampus-kampus ADTEC JTM di seluruh negara bersetuju untuk melaksanakan program ADI dan akan berperanan sebagai tenaga pengajar bagi syarikat yang menyertai program ini. ADTEC JTM juga akan menghubungkan MPC dengan syarikat-syarikat yang berpotensi untuk menyertai proram ADI.
Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala diantara MPC dan ADTEC JTM Kampus Kuantan.