26 Mac 2025 - Surau Ar-Raudhah ADTEC JTM – Kampus Kuantan dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan (KESUKA) dan Koperasi ILP Kuantan Berhad (KIKB) telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana pada hari ini bertempat di Dewan Besar.
Majlis berkonsepkan santai dengan juadah terhidang di atas tikar (ala-ala iftar Padang MPK) telah mula menerima ketibaan tetamu seawal 6.30 petang terdiri daripada kakitangan dan keluarga masing-masing.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah, Tn. Hj. Mohd Sukri bin Musa, Timbalan Pengarah Latihan, Ts. Wan Asmawi bin Wan Shariff dan Timbalan Pengarah Operasi, Ts. Azrul Norazmi Bin Abdullah.
Setelah berbuka puasa tepat jam 7.19 malam, para tetamu bersama-sama solat Maghrib berjamaah di surau disusuli solat Isyak dan solat Sunat Tarawih.
Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah warga ADTEC JTM – Kampus Kuantan disamping sama-sama menghayati ibadah puasa di bulan Ramadan.