10 Mac 2025 - 5 orang Pegawai ADTEC JTM Kampus Kuantan yang diketuai oleh Ketua Jabatan Rekebentuk & Pembuatan, Ts. Edy Syahrul bin Omar telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Timur, K.Terengganu dalam tujuan untuk mempertingkatkan jaringan hubungan antara agensi serta perbincangan berkaitan Pelaksanaan Program Akademi Dalam Industri (ADI Perantisan).
Turut sama dalam sesi perbincangan adalah Pengarah JPK Wilayah Timur Ts. Zukifli bin Mat Daud dan turut dihadiri semua pegawai Ketua Unit SkillsMalaysia Wilayah Timur.
Pihak ADTEC JTM Kampus Kuantan mengucapkan jutaan terima kasih atas layanan dan kesudian pihak JPK Wilayah Timur dalam berkongsi maklumat berkaitan pelaksanaan Program ADI (Perantisan).