26 Mac 2025 - Satu Majlis Perhimpunan Bulanan Pegawai & Kakitangan ADTEC JTM – Kampus Kuantan telah diadakan pada hari ini bersamaan 26 Ramadan 1446. Sebelum majlis dimulakan, semua pegawai & kakitangan telah turut serta dalam sesi pengambaran ‘Ucapan Selamat Hari Raya’ yang diadakan dihadapan Dewan Kuliah Utama.
Perhimpunan kali ini dihoskan oleh Jabatan Elektrik dan Electronik dan dimulai dengan Nyanyian Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri Pahang. Bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan, hadirin telah sama-sama menbaca Surah Yassin dan diakhiri doa yang dipimpin oleh Ustaz Saiful Bahari.
Majlis diteruskan dengan pengenalan staf yang baru melapor diri iaitu Ts. Azrul Norazmi Bin Abdullah, Nor Hisham bin Abd. Rahman dan Pn. Fatimah binti Mohd Zin.
Timbalan Pengarah Latihan, Ts. Wan Asmawi bin Wan Shariff telah tampil menyampaikan amanat dan mengalu-alukan kedatangan Pengarah dan Timbalan Pengarah Operasi yang baru melapor diri di ADTEC JTM – Kampus Kuantan.
Slot Taklimat daripada Timbalan Pengarah Operasi, Ts. Azrul Norazmi Bin Abdullah telah membentangkan pencapaian sasaran kerja pada tahun 2024 dan perancangan yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 bagi membakar semangat semua pegawai & kakitangan untuk berkerja keras dalam mencapai sasaran yang telah ditentukan.
Acara kemuncak majlis merupakan sesi pengenalan dan amanat daripada pengarah baru ADTEC JTM – Kampus Kuantan iaitu Tn. Hj. Mohd Sukri bin Musa yang baru melapor diri pada 24 Mac 2025 yang lepas.
Akhir sekali, Tn. Pengarah telah berbesar hari menyampaikan Sijil Penghargaan kepada semua pemenang Pertandingan Inovasi CITEC dan pemenang dalam acara sukan staf anjuran KESUKA.