English English Malay Malay

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA PENOLONG PENGURUS TEKNIKAL SENIBINA

PERSIJILAN :

  • SKM Tahap 4

KETERANGAN KURSUS

  • Dalam kursus ini, pelajar akan dilatih merangka lukisan unjuran, keratan, perspektif, lukisan perincian, geometri dan lukisan kerja, ukuran bangunan, cara merekabentuk bangunan, kerja ukur tanah, penentu bayang, teknik mewarna lukisan persembahan dan undang-undang pembinaan dengan lebih lagi disamping bagaimana membuat pengurusan mengenai rekabentuk bangunan yang telah ditetapkan

SYARAT AM KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Teknologi Cadd Senibina Tahap 4.
  • Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat khas kursus);
  • Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

TEMPOH PENGAJIAN

  • 18 bulan (termasuk OJT)

PELUANG KERJAYA

  • Pelajar yang menamatkan pengajian berpeluang untuk menjadi Pelukis Pelan Senibina dan Arkitek Bangunan atau pekerjaan lain yang berkaitan.