English English Malay Malay

SIJIL TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM)

PENGENALAN KURSUS:


Sepanjang tempoh latihan pelatih akan didedahkan secara teori dan amali kepada perkembangan teknologi terkini yang merangkumi pembangunan dan rekabentuk sistem dan rangkaian komputer, penggunaan komputer di dalam operasi perniagaan, telekomunikasi, pemprosesan imej, pembangunan dan rekabentuk perisian komputer serta mampu menyelanggara, membaikpulih dan sebagainya.

TEMPOH LATIHAN:


21 bulan

KELAYAKAN AKADEMIK:


Warganegara Malaysia;
Boleh membaca, menulis dan mengira;
Berumur 17 hingga 35 tahun;
Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
Bahasa Melayu;
Matematik/ Matematik Tambahan; dan
Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia/ Teknologi Maklumat dan Informasi
Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
PERSIJILAN:
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

KETERANGAN KURSUS:


Dalam kursus ini, pelajar akan diajar mengenai perkakasan dan juga perisian komputer, praktikal cara pemasangan, penyelenggaraan komputer serta membaik pulih sistem komputer.

PELUANG KERJAYA:


Juruteknik Sistem Komputer atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang sistem komputer.