English English Malay Malay

SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK

Syarat am kemasukan

a) Warganegara Malaysia;

b) Boleh membaca, menulis dan mengira

c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. 

Syarat khas program

(i) Berumur 17 hingga 30 tahun;

(ii) SPM atau setaraf dengannya, lulus Sejarah, Matematik / Matematik Tambahan, Sains / Fizik / subjek Teknikal (bidang berkaitan) dan Bahasa Melayu.

Tempoh Latihan

24 bulan

Persijilan
Akan dianugerahkan Sijil Teknologi Perindustrian, Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) mengikut tahap serta Sijil Pendawai Elektrik Pengujian dan Endorsan 3 Fasa (PW4).

Objektif Kursus

Objektif kursus Juruelektrik ialah memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam Pendawaian Domestik / Industri Fasa Tunggal dan Tiga Fasa. Ia menitikberatkan pengalaman amali di samping pengetahuan tentang keselamatan,pengetahuan teknikal dan lain-lain penerangan berkaitan bagi membolehkan pelajar-pelajar memperolehi latihan yang lebih mendalam di bengkel dan di industri.

Peluang Kerjaya

Permintaan untuk Jurulektrik adalah sangat menggalakkan dan dijangka meningkat pada masa hadapan. Keadaan ini disebabkan kekurangan Jurulektrik di sektor-sektor industri tempatan. Peluang pekerjaan terbuka luas dalam bidang industri yang mana kebanyakkan kilang-kilang masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang elektrikal khususnya pendawai elektrik.

Dalam sektor industri,skop pekerjaannya adalahjuruteknik yang meliputi kerja-kerja pendawaian,pemasangan dan penyelenggaraan elektrikal.(maintenance technician).Jurulektrik yang berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau penilai bagi firma kontrak elektrik. mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri dengan kontraktor elektrik.

Selain daripada itu,peluang pekerjaan di Syarikat-syarikat Kontraktor Pendawaiaan Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga(ST) sangat menggalakkan dan permintaan dalam bidang pendawai elektrik adalah tinggi memandangkan kekurangan tenaga mahir yang ada di negara kita bagi menampung pembangunan indusri negara.