English English Malay Malay

SOALAN LAZIM

Apakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh ILP Kuantan?

  • Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal
  • Teknologi Kimpalan
  • Diploma Kemahiran Malaysia Pembantu Jurutera Kimpalan (Fabrikasi)
  • Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak Dan Gas)
  • Diploma Kemahiran Malaysia Penolong Pengurus Teknikal Senibina
  • Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die)
  • Sijil Teknologi Pemesinan Am
  • Teknologi Mekatronik
  • Teknologi Juruelektrik.
  • Teknologi Komputer (Sistem)

Apakah kemudahan yang disediakan untuk pelatih dan bagaimana dengan penempatan pelajar?

Bagi kemudahan latihan, Perpustakaan disediakan untuk pelatih semasa waktu bekerja. Di setiap jabatan terdapat bengkel dan makmal yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan untuk kegunaan latihan. Selain dari itu kami juga menyediakan Dewan Kuliah dan Dewan Besar untuk digunakan bagi sebarang aktiviti yang dianjurkan.

Pihak institut juga menyediakan kemudahan asrama dengan percuma kepada semua pelatihr ILP. Asrama kami boleh memuatkan 600 penghuni dalam satu masa.  Selain itu terdapat juga Dewan Makan, Surau dan kemudahan-kemudahan sukan untuk keselesaan pelajar. Makanan dan minuman dihidangkan 5 kali sehari untuk penghuni asrama secara percuma.

Apakah peringkat pembelajaran yang disediakan oleh ILP Kuantan.

ILP Kuantan menawarkan kursus-kursus diperingkat sijil iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3, dan Sijil Pendawaian PW4 (untuk kursus Juruelektrik sahaja). Pihak jabatan mengeluarkan persijilan khas iaitu Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia mengikut bidang pengkhususan.

Di manakah saya boleh menyambung pelajaran saya selepas tamat latihan di ILP?

Anda boleh menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti diploma di institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut di bawah JTM ialah Japan -Malaysia Technical Institute (JMTI), dan Advanced Technology Training Centre (ADTEC).

Selaian itu,  institut yang menawarkan diploma adalah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma kemahiran.  Seterusnya di peringkat ijazah di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dan university tempatan yang terpilih.

Berapakah bilangan ILJTM yang terdapat di Malaysia ?

Terdapat 32 buah ILJTM di seluruh Malaysia yang diletakkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, iaitu teridiri daripada Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), 24 buah Institut Latihan Perundustrian (ILP), dan 7 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC). Berikut adalah senarai ILJTM dibawah Kementerian Sumber Manusia.

  • Japan Malaysian Technical Institute (JMTI) Pulau Pinang
  • ADTEC Shah Alam
  • ADTEC Batu Pahat
  • ADTEC Melaka
  • ADTEC Kulim
  • ADTEC Kemaman
  • ADTEC Jerantut
  • ADTEC Bintulu
  • ILP Kuala Lumpur
  • ILP Kuala Langat
  • ILP Ipoh
  • ILP Selandar
  • ILP Bukit Katil
  • ILP Pedas
  • ILP Mersing
  • ILP Pasir Gudang
  • ILP Muar
  • ILP Kepala Batas
  • ILP Nibong Tebal
  • ILP Kangar
  • ILP Jitra
  • ILP Kuantan
  • Anjung ILP Muadzam Shah
  • ILP Kuala Terengganu
  • ILP Kota Bharu
  • ILP Labuan
  • ILP Kota Kinabalu
  • ILP Sandakan
  • ILP Miri
  • ILP Kota Samarahan
  • ILP Perai
  • ILP Marang