English English Malay Malay

BAHAGIAN PENGURUSAN PELAJAR DAN LATIHAN (BPPL)

 

Antara tugas-tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi aspek berikut:

  • Mengurus Hal Ehwal Personel Unit meliputi mengendalikan pengagihan tugas, Menyelia Personel, Mengawal Disiplin Personel, Menyedia Program Pembangunan Personel, Mengendali Kebajikan Personel, Mengendali Penilaian Prestasi Personel, Mengendali Khidmat Kaunseling, Merancang Keperluan Perjawatan dan mengendali Mesyuarat. 
  • Mengurus Hal Ehwal Pelajar dalam mengendali rekod pelajar, menyedia program pembangunan Ihsan, mengawal disiplin pelajar, menyedia dan menyelia program Ko –Kurikulum dan Pelajar, mengendali Kebajikan pelajar meliputi kemudahan asrama, rawatan, pengangkutan, aduan, masalah dan lain-lain yang berkaitan.
  • Mengurus pengambilan pelatih untuk sembilan (9) bidang kemahiran yang mana ia melibatkan merancang pengambilan pelajar, menerima dan merekodkan data-data pelajar  dan seterusnya membuat surat tawaran kepada pelajar-pelajar bagi tawaran kedua. Menjadi  Urusetia kepada Jawatankuasa Tindakan Disiplin Pelatih.
  • Mengurus, menyemak dan merekodkan  borang perjanjian dan laporan kesihatan pelajar serta memantau pembayaran elaun pelajar setiap bulan.
  • Menyediakan jadual waktu subjek umum dan memantau pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan mengikut jadual yang telah disediakan.