English English Malay Malay

JABATAN ELEKTRIKAL DAN ELEKTRONIK

Jabatan Elektrikal & Elektronik merupakan salah satu jabatan utama yang terdapat di dalam bahagian latihan di ILP Kuantan. Jabatan ini diterajui oleh seorang Ketua Jabatan yang akan mengendalikan bahagian-bahagian lain di bawah seliaan. Terdapat tiga bahagian yang di letakkan di bawah jabatan ini iaitu :

     1. Juruelektrik – Teknologi Elektrik 3 Fasa 

     2. Teknologi Maklumat – Teknologi Komputer (Sistem)

     3. Teknologi Mekatronik- Teknologi Mekatronik

Setiap bahagian menyediakan pelbagai kemudahan untuk keperluan pengajian di ILP Kuantan. Ini bagi memastikan pelajar dalam melaksanakan latihan secara amali dan teori dengan sempurna seperti bilik kuliah, bengkel , makmal, dan sebagainya.