SEPAGI BERSAMA MBK

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
Seramai 40 orang pelajar bersama 2 pegawai pengiring telah berpeluang bagi sama sama memeriahkan program Car Free Day sempena Sambutan Ulang Tahun ke 2 Majlis Bandaraya Kuantan.
Program yang berlangsung di Dataran Sayangi Kuantan melibatkan pelbagai aktiviti menarik yang turut disertai para pelajar kami.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti acara Fun Ride, Fun Run, Morning Walk dan Sukan Rakyat. Manakala aktiviti sukan rakyat yang turut diadakan seperti tarik teropah, Bowling Kelapa, sepak raga, Galah Panjang, mewarna kanak kanak dan Kaki Gajah.
Terima kasih diucapkan kepada pihak MPK yang sudi menjemput kami bagi sama sama memeriahkan suasana program ini.
PELAWAT 11103