Makluman untuk semua pelajar ILP Kuantan yang belum mendapat tarikh temujanji vaksin, ada berita baik untuk anda.
Sila hadirkan diri di PPV terbuka bagi mendapatkan vaksin secara “walk-in”. Vaksinasi pelajar IPT ini sangat penting bagi membentuk imuniti kelompok dan komuniti sosial yang selamat di dalam institut kelak.
Bagi mencapai tujuan ini, pelajar IPT hanya perlu membawa kad pengenalan dan kad matrik pelajar bagi tujuan pengesahan di PPV yang berkenaan. Bagi pelajar baharu, mereka boleh mengemukakan surat tawaran kemasukan dan kad pengenalan untuk maksud tersebut.
Sekian terima kasih..
Sumber dari fb Menteri Pengajian Tinggi.

PELAWAT 1127