!! KAMI ADIWIRA ANDA !!
Umum ketahui Pahang antara negeri yang telah terkesan teruk dengan banjir yang berlaku baru baru ini.
Satu program dipanggil Misi Adiwira Mobifix Paya Besar, Kuantan anjuran Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di bawah Kementerian Sains,Teknologi & Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan kerja kerja penukaran soket elektrik kepada semua rumah dalam kawasan Perumahan Awan Kos Rendah Sungai Pandan, Pahang.
Pihak MOSTI telah menjemput ILP Kuantan bersama sama mereka melaksanakan khidmat komuniti ini dengan mempelawa pelajar dan dibimbing oleh tenaga pengajar dari Bengkel Tek. Elektrik bagi melakukan proses senggaraan soket elektrik ini.
Program yang dihadiri sendiri oleh Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi YB Dato’ Sri Dr. Adham Bin Baba dan YB Tuan Mohd Shahar bin Abdullah,Timbalan Menteri Kewangan I merangkap Ahli Parlimen Paya Besar bersama sama memberi sumbangan kepada mangsa banjir yang terlibat.
Pihak ILP Kuantan merakam jutaan terima kasih kepada pihak MOSTI dan YB Shahar kerana memberi peluang kepada kami bagi sama sama menyumbang bantuan kecil ini kepada mangsa mangsa banjir ini.
Semoga dengan bantuan kami ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung mereka dan diharap program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang.
PELAWAT 301462