Para pelajar pada 19.2.2023 yang lalu, berpeluang melibatkan diri bersama dalam Program Gotong Royong Dan Penanaman Pokok Bersama Pihak Industri Gebeng Dan Penduduk Setempat di Pantai Cherating.
Program anjuran Majlis Bandaraya Kuantan ini bersempena dengan Hari Bandaraya Mesra Komuniti sempena Ulang Tahun Kedua Majlis Bandaraya Kuantan.
Aktiviti kali ini melibatkan seramai 40 orang pelajar dari Jabatan Elektrikal & Elektronik dan fasilitator sesi 1/2023 bersama 8 orang pengajar pengiring dan juga dihadiri sendiri oleh tuan Pengarah En Zaid Bin Zahari.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam aktiviti pada kali ini. Kami sentiasa mengalu alukan program seumpama ini bersama pihak komuniti bagi mendekatkan lagi pihak Institut dengan pihak luar dalam sebarang kerjasama.



PELAWAT 11184