Pihak ILP Kuantan telah menerima kunjungan dari pihak Jabatan Audit Negara pada 10 Mei 2023 yang lepas.
Tujuan lawatan pada kali ini bagi mengaudit Penyata Terimaan Dan Bayaran Akaun Amanah untuk tahun berakhir 2022.
Seramai 5 orang auditor berpengalaman telah berkampung bagi menyemak dan meneliti segala dokumen berkaitan akaun Amanah ini.
Semakan dan audit ini penting bagi memastikan segala penggunaan belanja menggunakan akaun Amanah dilakukan dengan telus dan teratur.
Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama sepanjang pengauditan ini berjalan.

PELAWAT 11154