Seramai 30 orang tenaga pengajar ILP Kuantan mewakili bengkel masing masing telah terpilih bagi mengikuti Kursus Pembangunan Soalan Latihan kemahiran (SLK) yang telah dianjurkan oleh Jabatan Elektrik dan Elektronik dengan kerjasama dari pihak JPK sebagai tenaga pengajar.
Kursus yang berjalan dari15 Mei – 19 Mei 2023 merangkumi pembelajaran cara membangunkan jadual spesifikasi, soalan ujian Pengetahuan dan Prestasi mengikut format yang sebenar dari pihak JPK.
Para peserta juga dikehendaki membangunkan soalan sebenar dan membentangkan hasil kerja bagi dinilai dan dibincangkan bersama.
Semoga para peserta mendapat input dan pengetahuan yang baru melalui kursus seperti ini.
PELAWAT 11171