CSR WIRA KESUMA- ILP KUANTAN

09 Mac 2024 - ILP KUANTAN dengan kerjasama Masjid Tengku Abdullah Al Hajj, Balok telah bersama-sama bergotong-royong membersihkan masjid dan kubur sempena Ramadhan yang yang bakal tiba.
Program yang diketuai oleh Ts. Mohd Amiridwan Bin Abdul Rahman dan diiringi oleh pengajar dan 50 orang pelajar dari bahagian Tek. Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas) serta dibantu oleh 4 orang pelajar dari bahagian Tek. Elektrik telah berganding bahu dan tenaga dalam menjayakan program kali ini. 
Aktiviti yang dilakukan adalah membaiki kerosakan sistem pendawaian kipas dan lampu, mengimpal penutup longkang dan grill, mengecat masjid dan menjalankan kerja – kerja pembersihan penyaman udara, kipas & persekitaran dalam dan luar masjid & kubur.
Semoga usaha yang murni ini dapat memberikan persekitaran masjid yang lebih selesa dan kondusif kepada jemaah.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan pegawai yang terlibat kerana telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan aktiviti CSR WIRA KESUMA kali ini.