“UPSKILLING” AMSAS @ ILP KUANTAN

08 Mac 2024 - Modul Asas Kimpalan membuka tirai bagi Program Kemahiran Kimpalan & Elektrik Siri 1/2024 melibatkan Jurulatih Kejuruteraan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS). Kursus selama 3 hari bermula 6 mac yang lalu telah disertai oleh 20 orang pegawai termasuk Komandan Kluster Pengajian Profesional, Kepten Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah yang tidak melepaskan pelung untuk sama-sama menyertai kursus tersebut.