MALAM APRESIASI PELAJAR ILP KUANTAN SESI 1/2024

13 Jan 2024 - Telah berlangsung malam yang penuh gemilang bertemakan ‘Kacak, Angun, Bergaya’ sempena meraikan pelajar semester akhir ILP Kuantan sesi tamat 2/2023 ini.
Majlis yang bertempat di Hotel Sri Manja Kuantan ini dimulakan dengan iringan masuk para VIP yang diiringi oleh para penari jemputan yang memulakan acara tarian selamat datang.
Seterusnya majlis diteruskan dengar mendengar ucapan dari wakil pelajar, PP BPPL, dan kemuncak ucapan adalah dari Tuan Pengarah iaitu TS. Zaid Bin Zahari.
Antara acara yang diadakan dalam majlis kali ini adalah nyanyian dari artis jemputan iaitu saudara Azizi AF1, nyanyian dari wakil pelajar, tayangan video kenangan di ILP Kuantan, Anugerah pelajar terbaik, cabutan bertuah dan pemenang pakaian terbaik.
Terima kasih kepada penganjur program yang terlibat iaitu pihak MPP dan juga BPPL ILP Kuantan yang telah berjaya melaksanakan acara Malam Apresiasi ini setiap sesi.