LAWATAN KETUA PENGARAH JTM

12 Dis 2023 - ILP Kuantan pada hari ini berbesar hati menerima lawatan dari Ketua Pengarah JTM En. Shakib bin Ahmad Shakir bersama Pengarah Pengarah Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Program yang bermula jam 2.00 PM ini bagi mendengar taklimat Rasionalisasi Anjung ILP Muadzam Shah yang telah dijenamakan semula oleh ADTEC Jerantut.
Seterusnya sesi lawatan diteruskan dengan melawat ruang legar Pameran Inovasi di Galeri CESS yang menghimpunkan semua hasil inovasi dari team inovasi ILP Kuantan.
Program lawatan KP telah di akhiri dengan di bawa ke “Motivation Wall” bagi melihat hasil seni yang telah disiapkan oleh pelajar dan pengajar kami, seterusnya tuan KP merasmikan mural ini.
Setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan KP dan juga Pengarah Pengarah Agensi yang sudi meluangkan masa melawat ke ILP Kuantan.