KEJOHANAN SUKAN TVET PANTAI TIMUR

25 Nov 2023 - Tahniah kepada Team ILP Kuantan yang telah menyertai Kejohanan Kecemerlangan Modal Insan TVET Pantai Timur 2023 yang telah diadakan pada 25.11.2023 bertempat di IKTBN Temerloh.
Program selama satu hari ini telah dirasmikan oleh YB Young Syefura Othman seterusnya menyampaikan pingat kepada semua peserta yang menang.
Sebanyak 8 buah Institusi TVET dari Pantai Timur telah menyertai kejohanan pada kali ini melibatkan sukan seperti futsal, bola jaring, ping pong, sepak takraw, boling, bola tampar, 3 on 3 netball, memanah, dart, dan E-Sport.
ILP Kuantan telah berjaya membawa pulang sebanyak 3 pingat melibatkan acara memanah VIP ( Perak), Mobile Lagends (Perak) dan Dart (Gangsa).
Tahniah kepada semua peserta yang telah terlibat walau pun belum berjaya membawa pulang pingat. Semoga Kejohanan ini berjaya merapatkan jalingan antara institusi TVET ini.