Satu Majlis Persaraan " Sanjungan Budi Lembaran Kasih" telah diadakan untuk meraikan persaraan dua ahli KESUKA iaitu Encik Mohd Rafidi Bin Hashim dan Tuan Syed Azhar Bin Sd Ibrahim. Majlis ini diadakan sekali bersama perhimpunan bulanan pegawai dan kakitangan ILP Kuantan bagi bulan Disember. Majlis perpisahan ini dimulakan dengan kata-kata aluan dari Pengerusi KESUKA iaitu ENcik Shamsudin Bin Hamzah, dan seterusnya ucapan keraian untuk ahli KESUKA yang bersara dari Pengarah ILP Kuantan, Encik Mohd Zakir Bin Mahmud.
Majlis ini juga diselangi dengan pemberian cenderahati untuk ahli dimana anak yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, dan juga pemberian cenderahati untuk ahli yang meraikan ulangtahun majlis perkhawinan dan juga majlis ulang tahun.





















