English English Malay Malay

PEPERIKSAAN AKHIR

Bermula 18/8/2021 – 20/8/2021 pelajar pelajar semester akhir telah menduduki peperiksaan akhir semester bagi ambilan 2/2020.

Buat pertama kali peperiksaan teori dan amali telah diadakan secara atas talian menggunakan platform Zoom Meeting.Bagi pelajar Jurusan Elektrik, mereka dibenarkan menghadiri peperiksaan secara bersemuka setelah mendapat kebenaran dari MKN yang mana mereka telah dikuarantin di asrama selama 2 minggu dan tidak dibenarkan keluar sebelum masuk ke bengkel untuk menghadiri peperiksaan.

Peperiksaan amali selama 5jam ini di pantau oleh panel penilai luar secara atas talian iaitu En Mohd Anuar Bin Said dari Adtec Kemaman.

Setelah tamat ujian amali ini,pelajar jurusan Elektrik ini akan menghadapi satu lagi ujian lebih getir bersama Suruhanjaya Tenaga bermula 9/9/2021 nanti untuk membolehkan mereka ditauliahkan kompeten sebagai Pendawai Elektrik (PW4).

Semoga adik adik semua berjaya dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kali ini.

Sekian terima kasih..

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest