Institut Latihan Perindustrian Kuantan, Pahang atau ringkasnya ILPKTN yang telah beroperasi sepenuhnya mulai November 1988 merupakan salah satu daripada 26 buah Pusat Latihan yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Ia mempunyai pelbagai sejarah tersendiri dan merupakan antara ILP pertama yang wujud di Malaysia. Objektif utama penubuhan ILP adalah untuk mengeluarkan tenaga mahir yang berdaya saing dalam bidang teknologi kejuruteraan mekanikal, teknologi kejuruteraan elektrikal, teknologi kejuruteraan sivil dan teknologi kejuruteraan maklumat.
ILP juga mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapat latihan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan di dalam pelbagai bidang kejuruteraan dan teknikal. .
Kursus di ILP Kuantan adalah berbentuk 'hands on' dan teori dan latihan sambil bekerja di industri dan ini sangat bertepatan dengan kehendak industri.
Sepanjang kewujudannya ILP Kuantan telah melaksanakan beberapa program dan aktiviti selaras dengan keperluan negara yang memerlukan perkhidmatan yang lebih cekap, produktif, berkesan dan celik IT. Semua pegawai dan kakitangan ILPKTN adalah komited terhadap latihan dan penggunaan sumber manusia dan membantu negara kearah mencapai sasaran Wawasan 2020.
Selamat melayari laman web ILPKTN.
TUAN HAJI ABDUL WAHID BIN EMBONG
Pengarah,
ILP KUANTAN, PAHANG
PENAFIAN : ILP Kuantan tidak bertanggungjawab keatas apa-apa kehilangan dan kerugian yang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini