Unit CESS dan Unit Pengajian Am Institut Latihan Perindustrian Kuantan telah menganjurkan satu Program Job Interview Power Skill (JIPS) 'Better Spoken English Job Opportunity' untuk semua pelajar semester akhir. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris ketika menghadiri temuduga dan sekaligus memberi peluang yang lebih positif kepada pelajar untuk ditawarkan pekerjaan. Selain itu juga tujuan utama program ini adalah sebagai alternatif kepada para pelajar dalam persediaan ke alam pekerjaan dan memberi pendedahan bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa perantara yang penting dalam sektor industri dan pekerjaan. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah ILP Kuantan Tuan Haji Sua'ibunaha Bin Jusoh dan mendapat sambutan yang amat menggalak.






