English English Malay Malay

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

 

 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Ditubuhkan Dalam Membangunkan Personaliti Dan Idea Seorang Pemimpin Dalam Kalangan Pelajar. MPP Akan Dibentuk Melalui Pembelajaran Pengurusan, Kepimpinan, Pelaksanaan Aktiviti, Etika Majlis Dan Motivasi Bagi Membolehkan Mereka Mempunyai Nilai Tambah Yang Berbeza Kepada Pelajar Lain. Majlis Perwakilan Pelajar Mempunyai Peranan Membantu Pihak Pengurusan Dalam Mengenalpasti Keperluan Dan Kebajikan Pelajar. Selain Itu Majlis Perwakilan Pelajar Juga Bertindak Menghidupkan Suasana Institut Dengan Pelbagai Agenda Dan Aktiviti Untuk Pelajar.

MATLAMAT UTAMA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

  1. Menggalakkan proses kepimpinan berlaku dalam kalangan pelajar
  2. Mendidik pelajar menguruskan sesuatu aktiviti untuk pelajar lain
  3. Menjadi ‘role model’ terbaik kepada pelajar lain.
  4. Mengimarahkan aktiviti yang dianjurkan oleh Institut Latihan Perindustrian Kuantan.
  5. Menggalakkan budaya murni, positif, rasional dan menghindari budaya negatif atau sebarang aktiviti yang memudaratkan.