English English Malay Malay

JALINAN KERJASAMA INDUSTRI

Tanggal 20/7/2022 termetrai satu majlis ikatan jalinan kerjasama industri antara pihak ILP Kuantan bersama syarikat Versatile Engineering & Diving Services Sdn Bhd dan syarikat Kejuruteraan PPG Sdn Bhd.
Syarikat Versatile Engineering & Diving Services Sdn Bhd adalah penyedia perkhidmatan menyelam,kerja-kerja fabrikasi dan pemesinan serta penyelengaraan dan perkhidmatan jentera bagi bidang mekanikal serta elektrik.
Syarikat Kejuruteraan PPG Sdn Bhd merupakan antara syarikat kejuruteraan utama yang menyediakan perkhidmatan fabrikasi di dalam sektor pengilangan sawit. Selain itu mereka juga menjalankan kerja kerja sivil dan penstrukturan,kerja perpaipan mekanikal serta perkhidmatan di dalam bidang elektrik.
Terima kasih kepada kedua dua syarikat yang sudi mejalinkan kerjasama strategik bersama kami. Diharap kerjasama yang terjalin ini memberi impak positif antara kedua dua pihak.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest